Wednesday 30 March 2011

BOLA TAMPAR DAN PENERIMAAN PELAWAT

BOLA TAMPAR
*      PN NORAZLIN  - PENGURUS
*      ENCIK ALIAS B MANSOR  - JURULATIH
*      PN BUSROH  - FISIOTERAPI
    Pada  27 hingga 28 Mac 2011 , iaitu pada hari Ahad dan Isnin . Perlawanan ini diadakan di Stadium Suka Menanti . Perlawanan ini melibatkan 16 buah sekolah . Sekolah – sekolah tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan . Kumpulan – kumpulan tersebut ialah kumpulan A dan B . SMK Sultanah Bahiyah disenaraikan dalam kumpulan B bersama – sama dengan sekolah – sekolah yang berikut :-
     i.        SMK Tunku Abdul Aziz
    ii.        SMJKC Keat Hwa II
   iii.        SMK Tunku Abdul Malik

PESTA PANTUN DAN PENERIMAAN PELAWAT
PESTA PANTUN
     29 MAC 2011, SMK Sultanah Bahiyah akan mengadakan pesta pantun peringkat Kota Setar . Pelbagai sekolah yang akan menghadirkan diri mereka dengan menghantar wakil – wakil sekolah masing – masing .

PENERIMAAN PELAWAT
      27 MAC 2011 , SMK Sultanah Bahiyah akan menerima pelawat dari Songkhla , Thailand . Mereka melawat sekolah ini kerana ingin mengetahui cara – cara sekolah ini belajar .

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH …

*       NUR FATIN ALYA BT SHALAHUDIN
*       2K3
*       KUMPULAN 1
        MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH …
   Dewan dihias dengan berbagai – bagai jenis pokok bunga dan hiasan dinding . Kerusi dan meja tersusun rapi . Hadiah – hadiah pula disusun di suatu sudut . Semuanya disiapkan oleh pelajar -  pelajar SMK Sultanah Bahiyah .
          Sementara menanti majlis bermula , ibu bapa dan tetamu – tetamu lain memenuhi setiap ruang . Beberapa orang murid ditugaskan untuk menyambut para hadirin masuk ke dalam dewan . Ada juga yang mengurus hadaiah dan menyiapkan majlis jamuan .
           Upacara dimulakan sebaik sahaja Pengetua , Guru – guru dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan tetamu – tetamu yang lain masuk ke dalam dewan . Pembuka tirai majlis ialah nyanyian lagu sekolah , lagu sekolah , lagu kebangsaan dan lagu negeri .
           Kemudian , pengerusi majlis mempersilakan beberapa orang penting berucap . Mereka memuji pelajar – pelajar yang telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik .
           Acara kemuncak dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah kepada pelajar – pelajar yang telah berjaya berjaya menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik . Pengerusi majlis mempersilakan Pengerusi PIBG yang diiringgi oleh Pengetua untuk menyampaikan hadiah . Seorang demi seorang pelajar dipersilakan untuk menerima hadiah . Mereka merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang pelajaran dan kokurikulum .
           Majlis itu ditamatkan dengan bacaan doa selamat dan jamuan . Selepas jamuan , semua tetamu bersurai . Pelajar – pelajar yang ditugaskan untuk mengemas dewan dan bilik jamuan turut menjalankan tugas . Walaupun berasa letih , tetapi pihak sekolah dan pelajar – pelajar yang membantu berpuas hati kerana majlis berlangsung dengan meriah .

CARA-CARA HENDAK MENDIDIK ANAK MENGHORMATI ORANG TUA .

v Nurul Sofie bt Azizlan
v 2k3  / 2011
Ø CARA-CARA HENDAK MENDIDIK ANAK MENGHORMATI ORANG TUA .
     Anak – anak diminta menghormati orang yang lebih tua , lebih – lebih lagi ibu bapa  masing – masing . Islam mendidik kita supaya lebih lemah – lembut , bersopan santun dan berbudi bahasa apabila berhadapan denga orang tua .
     Sifat – sifat terpuji ini hendaklah dipupuk awal – awal lagi sebab “ kalau hendak meluntur buluh , biarlah dari rebungnya . “  Apabila peribadi seseorang anak sudah terlentur dengan baik sejak awal – awal lagi , tidaklah sukar hendak  mencorakkannya apabila sudah besar .
     Ibu bapa dan orang tua haruslah menunjukkan teladan yang baik . Maksudnya , ibu bapa yang menghormati orang tua , mereka akan menjadi contoh kepada anak – anak . Percakapan dan tingkah laku orang tua menjadi contoh kepada anak – anak .
     Satu lagi cara hendak mendidik anak – anak menghormati orang tua ialah memberi peluang dan kesempatan kepada mereka berbuat sesuatu . Dalam hubungan ini , kita jangan berkata “JANGAN “ . Tindakan ini akan membantutkan perkembangan fikiran dan emosi . Akhirnya mereka akan marah dan tidak langsung menghormati orang tua .
     Ibu bapa juga harus bersikap tegas terhadap anak – anak . Kalau hitam ,  katakan hitam . Kalau putih , katakan putih . Setiap apa yang dinyatakan mestilah dikotakan . Kalau ada pergeseran pendapat diantara suami isteri , pertengkaran janganlah dilakukan  di hadapan anak – anak .
    Mulalah dengan nasihat . Beri contoh teladan daripada apa yang diketahui dari sejarah agama Islam . Kalau sudah terpaksa , maka tindakan merotan  wajarlah  dilakukan . Tujuannya ialah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada anak – anak supaya mereka menghormati orang tua .   Ibu bapa haruslah memberi nasihat dan sekaligus menjadi contoh keperibadian yang baik sebagai cara – cara yang paling berkesan untuk mendidik anak supaya menghormati orang tua .