Wednesday 30 March 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH …

*       NUR FATIN ALYA BT SHALAHUDIN
*       2K3
*       KUMPULAN 1
        MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH …
   Dewan dihias dengan berbagai – bagai jenis pokok bunga dan hiasan dinding . Kerusi dan meja tersusun rapi . Hadiah – hadiah pula disusun di suatu sudut . Semuanya disiapkan oleh pelajar -  pelajar SMK Sultanah Bahiyah .
          Sementara menanti majlis bermula , ibu bapa dan tetamu – tetamu lain memenuhi setiap ruang . Beberapa orang murid ditugaskan untuk menyambut para hadirin masuk ke dalam dewan . Ada juga yang mengurus hadaiah dan menyiapkan majlis jamuan .
           Upacara dimulakan sebaik sahaja Pengetua , Guru – guru dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan tetamu – tetamu yang lain masuk ke dalam dewan . Pembuka tirai majlis ialah nyanyian lagu sekolah , lagu sekolah , lagu kebangsaan dan lagu negeri .
           Kemudian , pengerusi majlis mempersilakan beberapa orang penting berucap . Mereka memuji pelajar – pelajar yang telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik .
           Acara kemuncak dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah kepada pelajar – pelajar yang telah berjaya berjaya menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik . Pengerusi majlis mempersilakan Pengerusi PIBG yang diiringgi oleh Pengetua untuk menyampaikan hadiah . Seorang demi seorang pelajar dipersilakan untuk menerima hadiah . Mereka merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang pelajaran dan kokurikulum .
           Majlis itu ditamatkan dengan bacaan doa selamat dan jamuan . Selepas jamuan , semua tetamu bersurai . Pelajar – pelajar yang ditugaskan untuk mengemas dewan dan bilik jamuan turut menjalankan tugas . Walaupun berasa letih , tetapi pihak sekolah dan pelajar – pelajar yang membantu berpuas hati kerana majlis berlangsung dengan meriah .

No comments:

Post a Comment